Cerita permulaan (atau sambungan)

Setelah sekian lama berehat dari menulis(baca: mengepek), akhirnya rasa untuk menulis itu sudah sukar dikekang. Bukanlah pandai sangat pun menulis, tapi sebab teringin dan terpaksa, maka harus juga menulis.

Image

Teringin kerana dirasakan banyak perkara yang perlu dicatat (diari tak ada). Perkara tentang hidup dan apa yang berlaku sehari-hari terhadap kehidupan ini, yang difikirkan boleh dikongsi untuk makluman dan kebaikan bersama.

Terpaksa kerana bimbangkan kemahiran (yang tak seberapa) ini makin lama semakin hilang. Seperti juga kemahiran memanjat pokok, berenang dilaut, membunuh cicak (yes, I killed lizards almost every Friday when I was 9-11 years old) dan banyak kemahiran lain yang sudah makin tumpul dari diri, sangat tumpul. Terpaksa juga kerana sekarang ini sudah ada jawatan baru yang dipegang – pelajar tua.Pelajar tua yang sangat memerlukan kemahiran menulis.

Oleh kerana keinginan dan keterpaksaan itu, maka lahirlah blog ini, yang merupakan permulaan kepada keterpaksaan itu, dan sambungan kepada keinginan itu. Pada yang mengetahui, saya dulu berblog di sini. Bila sudah terlalu lama meninggalkannya, rasa untuk menyambung ditempat yang sama sudah tidak ada. Pilihan adalah untuk mencipta tempat baru. Kalau dulu di Blogspot, sekarang cuba WordPress pula.

Itu sajalah dulu untuk permulaan ditempat baru ini. Esok-esok insyaAllah akan cuba diluangkan masa untuk singgah bercerita, cerita tentang hidup sekarang, yang dirasakan begitu padat dengan memenuhi kehendak, mematuhi arahan, menjalankan tanggungjawab juga mencapai impian. Letih, memang letih. Cuma bila teringatkan pesan Ustaz Pahrol – “Dunia ini tempat berpenat, akhirat nanti tempat berehat.”, keletihan itu terpaksa kurang dipedulikan.

Esok kita sambung cerita ya.

 

Advertisements

One thought on “Cerita permulaan (atau sambungan)

  1. Assalamualaikum Abah Muizz,
    Aliff turuti jua walau di manapun Abah mengepek. Sekarang, Aliff berada di Bukit Geliga, Kemaman. Enam bulan setengah terhantar ke sini atas tanggungjawab. Selamat menjadi pelajar kembali. Ya, Aliff jua pelajar selama enam bulan setengah ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s